
Setiap Ringgit Ada Tujuannya
Merancang untuk membeli sesuatu yang penting memang mudah tetapi melaksanakannya tidaklah begitu. Berapa kalikah wang yang anda rancang untuk membeli kereta idaman digunakan untuk membeli telefon bimbit atau sepasang kasut yang anda temui semasa berjalan-jalan di pusat membeli-belah?
Dengan Akaun Smart-i HSBC Amanah, setiap ringgit akan mengikut perancangan anda. Ia merupakan akaun simpanan yang memahami keinginan anda dan membantu anda mencapainya. Ia membolehkan anda membuka sehingga 10 sub akaun*, di mana anda boleh mengagihkan wang mengikut keinginan hati – percutian impian, TV plasma atau bayaran muka kereta. Wang ini dilindungi daripada sebarang pengaruh dan perbelanjaan yang berlebihan, di samping menikmati potensi pulangan yang lebih tinggi.
*Akaun Smart-i HSBC Amanah
#Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada Terma dan Syarat dibawah.
Dengan Akaun Smart-i HSBC Amanah, anda boleh…
^ Potensi pulangan yang lebih tinggi mungkin akan diberikan kepada sub akaun(sub akaun)* anda yang mana ia mesti mempunyai Arahan Tetap berulang yang berjaya dikuatkuasakan dan tiada sebarang pengeluaran dilakukan pada bulan tersebut.
Jimatkan wang anda dengan bijak
Dengan menggunakan sistem yang betul dan ciri-ciri yang berinovasi daripada HSBC Amanah, matlamat kewangan anda pasti tercapai. Innovasi ini dipanggil Akaun Smart-i HSBC Amanah.
Akaun Smart-i HSBC Amanah membolehkan anda membuka sehingga 10 sub-akaun untuk mencapai impian anda. Contohnya, sub akaun* adalah untuk TV Plasma dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh memberi nama unik kepada setiap sub akaun* anda. Malah anda juga boleh menjalankan transaksi perbankan yang lain secara online dari Akaun Smart-i HSBC Amanah anda.

Kenapa membuka sub akaun* berasingan?
Dengan membuka sub akaun-sub akaun* berasingan melalui Akaun Smart-i HSBC Amanah anda, anda boleh menguruskan simpanan wang anda dengan baik tanpa bersusah-payah membuka akaun-akaun bank yang lain.
Anda juga boleh memberi tanda nama kepada setiap sub akaun* anda dan menetapkan Arahan Tetap berulang untuk membantu anda menguruskan wang simpanan anda. Ini memastikan kadar kejayaan yang tinggi untuk mencapai matlamat kewangan anda dan membenarkan anda mengawasi perkembangan akaun simpanan anda.
Nikmati potensi pulangan yang lebih tinggi dengan sub akaun* anda
Setiap bulan, jika Arahan Tetap berulang anda berjaya dikuatkuasakan dan tiada sebarang pengeluaran dilakukan dari sub akaun anda, anda mungkin dapat diberi ganjaran potensi pulangan yang lebih tinggi daripada potensi pulangan Akaun Smart-i HSBC Amanah anda.
Anda akan menikmati perkhidmatan bank seterusnya
Buku Panduan
Maklumat lanjut
Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya
Maklumat lanjut
#Terma Dan Syarat
Maklumat lanjut
Tarif Dan Caj
Maklumat lanjut